Saturday, March 9, 2013



Masih Lagi Minggu Peperiksaan... ( PKBS 1 )

Bermula minggu lepas dan minggu ini, para pelajar SMKCR masih dalam mod peperiksaan. Harapan Cikgu agar pelajar dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin dan harapan agar masing-masing memperolehi kejayaan yang diharapkan. Insyaalah...

Wednesday, March 6, 2013


TAKWIM PEPERIKSAAN 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2013
UPSR
Ujian Bertulis
10 - 12 September 2013 (Selasa hingga Khamis)
PMR
Ujian Bertulis
2 - 3 Oktober 2013 (Rabu - Khamis)
7 - 9 Oktober 2013 (Isnin hingga Rabu)
SPM

Ujian Bertulis
6 - 29 November 2013 (Rabu - Jumaat)
2 - 5 Disember 2013(Isnin - Khamis)
STPM
Ujian Lisan

Ujian Bertulis

STAM
Ujian Lisan
21 - 23 Oktober 2013 (Isnin - Rabu)
Ujian Bertulis
28 - 29 Oktober 2013 ( Isnin - Selasa)
SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)
Ujian Bertulis

11 - 12 Jun 2013 (Selasa - Rabu) 
* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.

BICARA TERBARU

Assalamualaikum wbt...



Harapan seorang yang dipanggil guru


Aku seorang guru. Aku tak berbangga seramai mana pelajarku yang telah ke menara gading dan memiliki bergulung-gulung ijazah. Tapi aku gembira apabila pelajar-pelajarku telah memiliki keperibadian yang tinggi... kerana itulah tujuan utama pendidikan dalam Islam iaitu membentuk sakhsiah pelajar yang cemerlang dan supaya mereka menjadi seorang Islam yang sempurna... 













Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia






Wednesday, January 16, 2013




Projek ternak ikan mahal dalam kolam simen raih hasil lumayan

SPESIES ikan kelah atau nama saintifiknya, ‘tor tambroides’, sememangnya cukup terkenal di kalangan kaki pancing hingga ada yang beranggapan, kejayaan memperoleh ikan yang hidup dalam habitat tersendiri di lokasi terpencil hulu sungai itu, ibarat baru lulus lesen sebagai pemancing tegar.

Penternakan Ikan Kelah mampu menjana pendapatan lumayan di sektor perikanan negara Kesukaran mendapatkannya membuatkan harganya melambung tinggi, mencecah ratusan ringgit bagi ikan dewasa dan peluang menikmati masakan ikan kelah yang dianggap sebagai raja ikan sungai itu, bagaikan berdepan dengan hidangan makanan eksotik.

Ini kerana harga ikan kelah yang diborong mati dijual pada harga RM80 sekilogram, manakala yang dihidup dijual pada harga RM150. Malah, ikan kelah untuk hiasan boleh mencapai harga antara RM500 hingga RM1,000 sekilogram.

Ahmad mengembangkan minatnya memelihara ikan kelah sebagai sumber pendapatan sampingan yang lumayan.PELUANG PERNIAGAAN: Ahmad mengembangkan minatnya memelihara ikan kelah sebagai sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Namun, di sebalik kesukaran memperoleh ikan kelah dan pada masa sama ia adalah spesies dilindungi Akta Hidupan Liar dan Taman Negara, seorang warga emas dari Kampung Tualang Kudong, Labok dekat Machang, Ahmad Abdul Rahman, 58, membuktikan potensi ikan terbabit diternak dan menjana ekonomi penduduk luar bandar.

Bermula dengan minat melihat ikan kelah yang dipelihara dalam akuarium di rumah, Ahmad mengembang minatnya itu sebagai sumber pendapatan sampingan yang lumayan apabila berjaya menternak anak ikan kelah dalam kolam simen berdekatan rumahnya.

“Ketika ini, saya mempunyai empat kolam simen yang menempatkan lebih 14,000 anak ikan kelah, dan semuanya sudah ditempah oleh pemborong dari seluruh negara, untuk dipasarkan sebagai ikan hiasan atau diternak oleh mereka yang berminat.

“Selain daripada dua spesies, ia mempunyai tiga warna iaitu kelah merah, biru dan perak, tetapi kelah biru dan merah mempunyai nilai lebih tinggi kerana kecantikan warna sisiknya,” katanya.

Beliau berkata, kelah mencapai tahap matang selepas empat tahun dengan harga boleh mencecah ratusan ringgit seekor dan induk kelah mampu mencapai tumbesarannya 30 kilogram seekor dalam tempoh lebih panjang.

Ahmad berkata, sebelum menceburi ternakan kelah, beliau pernah mengusahakan ternakan ikan keli dalam kolam simen tetapi terpaksa menghentikan usaha itu kerana faktor penyelenggaraan.

“Ternakan ikan keli dalam kolam simen memerlukan penyelenggaraan yang kerap kerana airnya akan menghasilkan bau kurang menyenangkan jika dibiar lama, berbanding ikan kelah yang mampu mengekalkan kejernihan air tanpa mengeluarkan bau seperti ikan keli.

“Anak ikan kelah memerlukan keadaan air kolam yang dingin sebagai habitat yang membantu mempercepatkan tumbesarannya. Berikutan itu, keadaan kolam dilindungi daripada terkena panas terik secara langsung bagi mengurangkan kepanasan terhadap air,” katanya.

Beliau berkata, penjagaan anak ikan kelah bukan sesuatu yang rumit tetapi semua anak ikan yang diperoleh dari sekitar Sungai Kelantan terutama di kawasan hulu.

Difahamkan, untuk tujuan itu, khidmat beberapa penduduk Orang Asli digunakan dalam usaha menjaring anak ikan kelah yang dikesan dalam sungai sekitar Gua Musang dan Kuala Krai, Hulu Kelantan.

Berbekalkan lampu suluh, usaha itu dibuat pada waktu malam dengan berumpankan anak kerengga atau kelkatu yang ditabur bagi menarik perhatian anak kelah ke permukaan air sebelum diperangkap dalam jaring.

Ahmad berkata, anak ikan yang baru diperoleh dari habitat liar itu, akan ditempatkan dalam sebuah kolam transit untuk usaha mengenal pasti tahap kesihatannya sebelum dipindahkan ke kolam induk untuk jagaan sehingga dibeli pemborong.

Beliau berkata, ikan kelah yang tidak sihat akan mempunyai tanda atau tompok keputihan pada badan dengan selera makannya juga akan menurun.

Katanya, selain disediakan makanan palet, anak ikan kelah cukup menggemari buah kelapa sawit yang hanya perlu direndam sebelum dipenyekkan dan diberi makan kepada anak ikan kelah yang mengerumuninya dalam masa singkat. Selain buah sawit, anak ikan kelah turut menggemari buah ara, ubi kayu serta daun kangkung.

“Minat kelah kepada buah sawit itu juga menyebabkan pemancing yang memburu kelah sering mengggunakan umpan itu ketika memancing di habitatnya,” katanya yang mampu memperoleh jualan sehingga RM40,000 apabila semua anak kelahnya yang berada kolam dibeli pemborong.

Setakat ini, usaha pembenihan ikan kelah belum mampu dilakukan mereka kerana ikan terbabit bertelur di celah kawasan berbatu dan air terjun, menyebabkan beliau perlu membina keadaan menyerupai habitat semula jadi ikan terbabit bagi menjayakan usaha yang sedang direncanakan itu.

Anak Ahmad, Fadhil Nurhadi, 21, yang menyokong usaha bapanya itu berhasrat untuk memajukan lagi ternakan anak ikan kelah dalam jangka panjang dengan menambah bilangan kolam bagi menempatkan anak ikan kelah terbabit untuk membolehkan mereka meningkatkan tumbesarannya.

Katanya, mereka juga berhasrat menternak ikan ketutu atau ubi yang turut mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran dengan harga yang tinggi. Usaha keluarga terbabit menternak ikan kelah boleh diikuti menerusi laman sesawang, Ikan Kelah.Com.

FAKTA

Ikan kelah
Nama saintifik 2 spesies Kelah, ‘tor tambroides’ dan ‘tor Douronensis’.
* Dikenali sebagai Empurau dan Semah di Sarawak, Pelian di Sabah.
* Ukuran anak ikan 4 hingga 5 sentimeter dijual RM6 hingga RM8 seekor.
* Matang dalam tempoh empat tahun.
* Induk kelah mampu capai berat 30 kilogram.




Monday, October 17, 2011

DOA KETIKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut    ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..


SUMBER:  http://www.azuanrazi.com/petua-untuk-anak-menduduki-peperiksaan/

Monday, October 10, 2011

Coretan

Tahniah kepada semua anak didikku, semua pelajar calon PMR seluruh Malaysia amnya terutama sekali  pelajar PMR di SMCR yang telah selamat menduduki peperiksaan. Saya mendoakan semuga anda kalian berjaya menjawab semuanya dengan baik.

Para pelajar sekelian, Inilah masanya untuk anda semua menumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang perlu dilakukan setelah anda berjaya melalui peperiksaan terebut. Pada saya, inilah masanya untuk anda melipat gandakan usaha memanjatkan doa semoga segala yang telah anda usahakan  dapat membuahkan hasil yang di impikan.

Ini juga adalah masa yang sesuai untuk memperbaiki diri. Maksudnya para pelajar haruslah membuat refleksi ke dalam diri, melihat dan mentafsir segala kelemahan yang ada. Seterusnya membuat tindakan untuk memperbaiki segala kelemahan tersebut... bersambung


Saturday, October 8, 2011

Inti pati baget 2012 dalam Sektor Pendidikan
 
Pendidikan: 

Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bilion utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif. Sebuah tabung khas RM1bilion akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.

Mansuh Yuran Pendidikan:

Buat pertama kalinya, Kerjaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 kerajaan.Beban ibu-bapa akan dapat diringankan. Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan. Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar. Untuk memantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa. Bantu Sekolah SKJT dan SKJC Peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Daripada peruntukan tersebut, RM500 juta kepada Sekolah Kebangsaan, RM100 juta disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM100 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM100 juta Sekolah Mubaligh, RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains MARA.

Kakitangan Awam SSM dimansuhkan, Perkenal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA):

Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred. Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred. Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 Dalam skim baru mengikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

Kenaikan pencen: 

600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun. Lanjut Umur persaraan: Kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bg mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.